Mengenai Kem Latihan & Rekreasi Sungai Congkak, Hulu Langat
Kem Sungai Congkak merupakan kem yang menggabungkan elemen rekreasi dan latihan yang berlatar belakangkan bukit bukau dan dihiasi aliran sungai yang memberi ketenangan kepada pengunjung. Gabungan idea yang berteraskan konsep alam semulajadi , keunikan suasana yang tenang dan nyaman merupakan faktor tarikan di Kem Sungai Congkak. Disamping itu, pengunjung turut disediakan dengan penginapan yang selesa, kemudahan yang serba lengkap dan pelbagai aktiviti rekreasi menarik yang mampu memenuhi kehendak pelanggan kami. Perjalanan yang mudah untuk ke destinasi Kem Sungai Congkak yang terletak di Hulu Langat hanya mengambil masa selama 30 minit untuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur.
Terbuka kepada semua golongan tidak kira individu mahupun keluarga boleh beristirehat dan menjalankan aktiviti rekreasi bersama seisi keluarga di sini. Kem latihan yang berkonsepkan rekreasi ini juga amat sesuai untuk menjalankan program-program motivasi pelajar, seminar, teambuilding, dan perkhemahan.